PERHATIAN : TEMUDUGA TERBUKA..

1-EMPAT GANJARAN LUMAYAN.

~nikmat kubur
~perlindungan di PADANG MAHSYAR
~keselamatan meniti titian Sirat
~Syrga yg kekal abadi

2-LOKASI TEMUDUGA.

~di dalam kubur(Alam Barzakh)

3-KELAYAKAN:

~anda tidak perlu membawa sijil-sijil
~anda tidak perlu membawa pingat
~anda tidak perlu membawa wang atau harta yg banyak
~anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem atau berbadan tegap atau
seksi(anda cuma perlu membawa dokumen asal Iman dan amal

4-PANEL/PENEMUDUGA.

~Munkar dan Nakir(bertauliah)
~"enam soalan utama akan disoal"..iaitu

-SIAPA TUHAN ANDA?
-APAKAH AGAMA ANDA?
-SIAPAKAH NABI ANDA?
-APAKAH KITAB ANDA?
-DI MANA ARAH KIBLAT ANDA?
-SIAPA SAUDARA ANDA?

5-CARA MEMOHON.

~Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yg berkaliber utk menjemput anda.

~Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja(mungkin sekejap lagi)
~Ia akan berlembut kpd org Mukmin dan akan bengis kpd org yg mungkar.Ia diberi
nama Izrael..

6-NOTA..

~soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya Iman dan amal sahaja yg menentukan dapatkah kita menjawabnya. Marilah bersama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam golongan org2 yg berjaya..AMIN..

0 bersuara..: