Cinta pada dunia, dunia akan pergi..cinta pada manusia, manusia akan mati, maka cintalah pada ALLAH kerana Dialah yg kekal abadi. hari ini kita begitu asyik dgn cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak, buang saudara kerana kasih hamba turutkan.
Tetapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tetapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab kepada-Nya. Acap kali kita melafazkan cinta pada Yang Esa. Sekadar solat lima waktu yg kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada ALLAH S.W.T ? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, atau sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itulah yg dipanggil cinta abadi kepada-Nya?
Amalan kita hanyalah ala kadar sahaja. Sedarlah amalan yg kita banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi utk membuktikan cinta kpd ALLAH. Cinta sebenarnya ialah cinta yg dipenuhi keikhlasan begitu juga dgn amalan kita kepada-Nya...
Blog zombie
10 years ago



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
~"Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal (sebagai perempuan yg baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah)Allah adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani."(Al-Ahzab,33:59)
0 bersuara..:
Post a Comment